PROGRAM REBAT BILL ELEKTRIK TNB UNTUK RM40
Program Rebat Bil Elektrik RM40 Warganegara Malaysia Miskin Tegar Keterangan Program Rebat Bil Elektrik RM40 merupakan bantuan Kerajaan kepada golongan miskin tegar yang berdaftar dan disahkan di dalam sistem eKasih, ICU, JPM untuk menerima rebat bil elektrik sehingga maksimum RM40 sebulan. Program ini dibantu oleh tiga utiliti utama di Malaysia iaitu Tenaga Nasional Berhad(TNB), Sarawak Energy Sendirian Berhad (SEB), dan Sabah Electricity Sendirian Berhad( SESB). Tempoh kelayakan bagi penerima rebat adalah dari tarikh KIR tersebut mengemas kini nombor akaun elektrik dengan pihak utiliti sehingga 31 Disember pada tahun semasa. Objektif Untuk meringankan beban kewangan dan kos sara hidup golongan miskin tegar dalam membayar bil elektrik bulanan Tatacara Permohonan ...