Skip to main content

PROGRAM REBAT BILL ELEKTRIK TNB UNTUK RM40

 Program Rebat Bil Elektrik RM40

  1. Warganegara Malaysia
  2. Miskin Tegar
Keterangan

Program Rebat Bil Elektrik RM40 merupakan bantuan Kerajaan kepada golongan miskin tegar yang berdaftar dan disahkan di dalam sistem eKasih, ICU, JPM untuk menerima rebat bil elektrik sehingga maksimum RM40 sebulan. Program ini dibantu oleh tiga utiliti utama di Malaysia iaitu Tenaga Nasional Berhad(TNB), Sarawak Energy Sendirian Berhad (SEB), dan Sabah Electricity Sendirian Berhad( SESB). Tempoh kelayakan bagi penerima rebat adalah dari tarikh KIR tersebut mengemas kini nombor akaun elektrik dengan pihak utiliti sehingga 31 Disember pada tahun semasa.

Objektif

Untuk meringankan beban kewangan dan kos sara hidup golongan miskin tegar dalam membayar bil elektrik bulanan

Tatacara Permohonan
  1. Ketua Isi Rumah (KIR) yang berstatus miskin tegar boleh membuat semakan di laman web semakan rebat PETRA dengan memasuki nombor kad pengenalan. Sekiranya KIR tersebut layak, KIR perlu hadir ke kedai utiliti berdekatan untuk mengemaskini nombor akaun elektrik bagi menerima rebat setiap bulan bagi tahun semasa;
  2. Kementerian juga akan menghantar senarai tambahan KIR layak bagi setiap bulan kepada pihak utiliti untuk di autotagging sekiranyamaklumat yang dibekalkan oleh ICU, JPM padan dengan data pihak utiliti.

Comments

Popular posts from this blog

CARA TUKAR NAMA BILL ELEKTRIK RUMAH

MOHON METER TNB