Monday, December 3, 2018

CARA MEMOHON BEKALAN ELEKTRIK TNB

tiga jenis utama permohonan BEKALAN  elektrik iaitu meter 1 fasa dan meter 3 fasa samaada untuk kegunaan domestik ,komersial DAN INDUSTRI . Domestik adalah kategori untuk rumah kediaman dan komersial pula adalah kategori untuk perniagaan, MANAKALA INDUSTRI PULA UNTUK PREMIS PEMBUATAN.
Permohonan bekalan elektrik satu fasa adalah untuk penggunaan bebanan antara 1 kWH hingga 10 kWh untuk penggunaan bebanan elektrik adalah rendah contoh rumah kampung, rumah teres dan pangsapuri.
Permohonan bekalan elektrik tiga fasa adalah untuk penggunaan bebanan melebihi 11 kWh. Kebiasaan untuk pengunaan bebanan elektrik adalah tinggi contoh rumah semi-d, rumah banglo, kondominium dan premis perniagaan.
Pengguna juga boleh membuat permohonan naik taraf (upgrade 3 phase) jika penggunaan bebanan elektrik 1 fasa sedia ada bertambah yang memerlukan naik taraf ke bekalan tiga fasa.
Cara untuk permohonan baru meter elektrik ke TNB pengguna perlu membuat permohonan melalui kontraktor yang berdaftar dengan Suruhanjaya Tenaga. Pengguna perlu pastikan melantik kontraktor yang berdaftar sahaja untuk menguruskan permohonan bekalan TNB melalui sistem online myTNB.
Dokumen yang diperlukan adalah:
Salinan geran atau perjanjian jualbeli (S&P) atau Perjanjian sewa (Tenancy aggrement) atau cukai pintu.
Salinan kad pengenalan (permohonan atas nama individu) atau kad pengenalan salah seorang pengurus/pengarah (permohonan atas nama syarikat)
Salinan daftar syarikat SSM borang 49 dan borang 9 (jika atas nama syarikat Sdn Bhd) atau borang daftar perniagaan, maklumat perniagaan dan maklumat pemilik (jika atas nama peniagaan pemilik tunggal atau perkongsian
Gambar yang di perlukan ialah gambar penoh premis, kedudukan papan meter dan nombor tiang terdekat.

perkhidmatan rundingan percuma

Untuk pertanyaan
Sila hubungi kami sekarang!
Wireman dan chargeman 019-4766544 Cikgu Mi Karan
Atau klik untuk chat melalui group Whatsapp tertutup melalui link di bawah ini 
https://chat.whatsapp.com/3srr02mzdOh6czVfz4dBDg


7 comments: