Tuesday, December 4, 2018

CARA MEMOHON BEKALAN ONLINE


Cara Daftar Akaun TNB Secara Online

sila ikuti langkah berikut:

  • Pergi ke laman web myTNB online - https://www.mytnb.com.my
  • Klik pada butang pendaftaran(Registration) dan anda akan dibawa ke laman berikut dibawah:




  • Isi dengan betul butiran yang diminta. Pastikan anda memasukkan alamat email yang sah dan betul, kerana selepas ini anda mungkin akan menerima bil menerusi email. Anda perlu tahu, ada 3 cara pihak TNB menyediakan bil elektrik kepada anda, iaitu menerusi bacaan meter elektrik, menerusi semakan bil terdahulu, dan juga bacaan meter sendiri oleh pengguna.

Menerusi sistem ini, agak mudah untuk anda pantau penggunaan tenaga elektrik sebelum dan semasa. Anda juga boleh terus bayar bil elektrik TNB secara online menerusi sistem baru TNB ini.

Kalau ikutkan sistem sekarang, bil yang sampai mungkin tidak sampai betul-betul ke tangan pengguna. Ada yang basah kena hujan, terkoyak, hilang dan sebagainya. Ia juga untuk elakkan pengguna dari terkena denda kerana terlupa membayar bil elektrik TNB, selain memastikan bahawa pengguna akan lebih bertanggungjawab.

Setelah selesai pendaftaran, anda akan diminta untuk sahkan menerusi email yang dihantar oleh myTNB berserta password Kemudian anda akan diminta untuk login ke akaun TNB online anda untuk buat semakan.
Jika anda tidak berapa jelas mengenai cara nak daftar akaun TNB secara online ini, boleh tanya kepada Cikgu Elektrik Mimaju dalam group whatsapp yang  tertutup berikut:
.Whatsapp   :    https://chat.whatsapp.com/Fwu9XsyV7jmFkqoXQaQ0nn

1 comment:

  1. saya nak tukar penama meter lama kepada nama saya kerana saya adalah pemilik
    terkini. bagaimana caranya?

    ReplyDelete