KESELAMATAN ELEKTRIK DI MUSIM BANJIR
AMALKAN TIP KESELAMATAN ELEKTRIK KETIKA BANJIR Tenaga Nasional Berhad (TNB) menasihatkan orang ramai agar segera menghubungi TNB jika premis mereka dinaiki air banjir bagi membolehkan syarikat utiliti nasional tersebut menghentikan bekalan elektrik demi keselamatan. Menurut Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif TNB, Dato’ Indera Ir. Baharin Din, penutupan bekalan elektrik itu adalah bersifat sementara bagi memastikan keselamatan orang awam terjamin dan akan disambungkan semula apabila banjir surut dan keadaan kembali selamat. "TNB sentiasa peka dan turut bersimpati dengan keperitan rakyat yang diuji dengan bencana serta TNB juga sentiasa menitikberatkan faktor keselamatan elektrik dalam suasana tersebut,” katanya merujuk kepada kemungkinan banjir pada musim tengkujuh sekarang ini. Katanya lagi, keselamatan awam dan barisan hadapan menjadi keutamaan dalam usaha membaikpulih bekalan yang mana TNB terlebih dahulu memulihkan pencawang yang terkesan dan aset lain serta membuat pengujia...