PEMBUMIAN KONTRAKTOR ELEKTRIK GIAT BAKTI
Zs = 50v/0.1A (100mA)
= 500 OhmNilai impedance (Z) 500 Ohm bagi galangan elektrod bumi adalah nilai maksimun bagi kepekaan RCD 100mA. Jadi pastikan nilai RCD sebelum ujian elektrod bumi dilakukan. Ini bermakna semakin tinggi nilai kepekaan RCD maka semakin rendah galangan elektrod bumi diperlukan.
![]() |
Cara pengujian RCD |
PENGENALAN
Bumi merupakan satu jisim yang amat besar sehingga mampu menerima dan meneutralkan sejumlah volatan yang tinggi tanpa menjejaskannya terutama dari panahan kilat. Pada 1836 Seorang saintis Jerman Carl August Steinheil telah menemui bahawa bumi boleh digunakan sebagai laluan balik bagi melengkapkan litar elektrik tanpa memerlukan wayar balikan. Ia digunakan beberapa tahun dalam sistem telegraf sehingga talian telefon dicipta sistem ini tidak sesuai lagi.
Pada 1928 Philip F. Labre seorang pelajar di Sekolah Kejuruteraan Milwaukee (MSOE) mendapati bahawa jika plag tersebut dibumikan, arus elektrik akan pergi ke bumi dan bukannya ke badan manusia. Seterusnya beliau memohon untuk diberi paten dengan bentuk soket 3 pin yang digunakan sehingga ke hari ini.
Sambungan elektrik ke bumi dibuat kerana dua sebab.
1- Untuk keselamatan pengguna dari bahaya renjatan, kebakaran dan kemusnahan harta benda. Pada awalnya perlindungan ini menggunakan element fius tapi kini pemutus litar yang lebih moden digunakan. Pemutus litar akan terpelantik sekiranya mengesan sebarang kebocoran elektrik di dalam litar.
2- Sebagaimana yang kita tahu, bekalan elektrik memerlukan pengali LIVE dan NEUTRAL untuk melengkapkan litar elektrik. Jika pengalir neutral dibumikan, ia telah menjimatkan sehingga 50% kos laluan balik pengalir neutral untuk melengkapkan sesuatu litar. Bagi pendawaian DC ia dipanggil grounding pada terminal negatif sumber bekalan.
BAHAGIAN YANG PERLU DIBUMIKAN
Secara amnya pembumian melibatkan dua bahagian iaitu:
1- Pembumian sistem
Tujuannya ialah untuk mengasingkan sistem yang rosak supaya ia tidak memberi kesan kepada pepasangan dan manusia
2- Pembumian peralatan
Secara amnya pembumian melibatkan dua bahagian iaitu:
1- Pembumian sistem
Tujuannya ialah untuk mengasingkan sistem yang rosak supaya ia tidak memberi kesan kepada pepasangan dan manusia
2- Pembumian peralatan
Tujuan pembumian kepada peralatan ialah untuk keselamatan manusia jika berlaku kegagalan penebat untuk berfungsi. Ia akan memberi laluan yang berintangan rendah untuk elektrik ke bumi. Dengan syarat rintangan yang dibuat hendaklah lebih rendah dari rintangan badan manusia.
JENIS PEMBUMIAN
Mengikut piawaian MSIEC, sistem pembumian antarabangsa terbahagi kepada 3 bahagian utama iaitu menggunakan kod 2 huruf iaitu TN, TT dan IT.
Maksud huruf PERTAMA
T- Satu atau lebih punca pengalir dibumikan
I- Tiada punca bekalan pengguna dibumikan
Comments
Post a Comment