MENYIAPKAN PENDAWAIAN RUMAH ABDULL MUHSIEN YAAKOB DEKAT DENGAN FELDA BUKIT TEMBAGA







 

Apakah Pemeriksaan dan Pengujian

Terdapat berbagai-bagai jenis pendawaian dan peralatanelektrik yang digunakan

bagi memudahkan kerja-kerja di rumah kepada pengguna. Ini termasuklah

pemasangan pendawaian ,peralatan elektrik dan sebagainya. Nota penerangan ini

bertujuan mengenalkan pengujian dalam sistemsatu fasa demi keselamatan

kepada pengguna. Setiap pendawaian mesti melalui beberapa ujian yang perlu

memenuhi julat yang ditetapkan oleh Akta Bekalan Elektrik. Ujian ujian ini

memerlulkan beberapa alat pengukuran yang diikraf bagi mendapatkan bacaan

yang tepat dan seterusnya menjamin keselamatan pengguna kerana terhindar dari

sebarang kerosakkan elektrik.

Tujuan

Tujuan pemeriksaan dan pengujian pemasangan elektrik adalah untuk memastikan

pepasangan benar-benar selamat dan mematuhi kehendak peraturan-peraturan

pemasangan berpandukan Peraturan IEE dan Akta Bekalan Elektrik. Pepasangan

mestilah selamat dari :

i. Arus Bocor - berpunca dari kelemahan penebat.

ii. Litar Pintas - berpunca pengalir pengalir fasa dan pengalir neutral

bercantum.

iii. Earth Leakage - berpunca dari kerosakan ke bumi.

Alat-alat pengujian diperiksa dan diselaraskan mana-mana yang perlu bagi

mendapat bacaan yang tepat.Ia bertujuan mengelakkan daripada ujian kali kedua

kerana bacaan alat penguji tidak tepat. Jika sesuatu pepasangan mengalami

kerosakan dan setelah diperbaiki kerosakan, pengujian semula hendaklah

dilakukan.

Comments

Popular posts from this blog

CARA TUKAR NAMA BILL ELEKTRIK RUMAH

MOHON METER TNB

KONTRAKTOR ELEKTRIK BERDAFTAR ST & TNB, GIAT BAKTI ENTERPRISE