PERLINDUNGAN DALAM PEPASANGAN ELEKTRIK

 

  1. Alat perlindungan elektrik adalah bahagian yg terpenting dalam sesebuah sistem pendawaian elektrik..ianya sering digunakan sebagai perlindungan dan sering kali diambil mudah oleh sesetengah pihak.
  2. Setiap alat kawalan dalam pemasangan mestilah yang mudah digunakan dan mudah dicapai oleh pengguna bagi tujuan:Pengasingan dan penyuisan Perlindungan arus lebihan Perlindungan kebocoran arus kebumi

Contoh alat perlindungan elektrik yg selalu digunakan

Pemutus litar kecil (miniature circuit breaker)

  • . Litar yang keluar dari papan agihan untuk membekalkan tenaga elektrik terus kepada peralatan elektrik. Tujuan: Mengelak bahaya apabila kerosakan; Pemeriksaan/penyenggaraan/Ujian; Mengelak kerosakan menganggu litar lain.

SAIZ MCB

JENIS KABEL

BEBAN

6 amp

1.5 mm pvc

10 biji lampu + kipas atau beban tidak lebih 1000w

16 amp

2.5 mm pvc

4.0 mm pvc

1 soket alur seluar 13 amp atau 1 unit alat pemasak  tidak lebih 3kw

1 unit 1.5 hp pengdingin hawa

20 amp

2.5 mm pvc

2 soket alur kesuar 13 amp

32 amp

2.5 mm pvc

4.0 mm pvc

6.0 mm pvc

4 soket alur keluar 13 amp (ring )

6 soket alur keluar (jejari)

1 unit 2.5hp pendingin hawa

Pemutus litar bocor kebumi ( ELCB )

  • PEMUTUS LITAR BOCOR KE BUMI Pengasing dan perlindungan arus bocor kebumi Ia merupakan alat perlindungan dari bahaya arus bocor. Terdapat berbagai-bagai jenis alat perlindungan jenis ini seperti ELCB/RCCB/RCD dan sebagainya. Alat pelindung ini ada dua jenis iaitu dua pole SPN ( satu fasa ) dan empat pole TPN ( tiga fasa )

     Distribution board ( papan agihan utama )

Advertisement

PAPAN AGIHAN Pengagihan litar akhir dan perlindungan arus lebihan Ia merupakan bahagian yang terakhir dalam susunan litar kawalan turutan pengguna. Ia juga merupakan tempat pembahagian litar kecil akhir. Peralatanya seperti fius/mcb. Kadaran fius atau mcb yang dipasang bergantung pada beban litar kecil akhirnya

Meter kilo watt jam

  • JANGKA KILOWATT JAM Meter KWJ digunakan untuk mengukur tenaga yang digunakan oleh pengguna Tenaga = kuasa (watt ) x masa ( jam ) Meter yang digunakan bergantung kepada bekalan pengguna samada satu fasa atau tiga fasa. Ia merupakan hakmilik pihak pembekal.

  Fius perkhidmatan dan penghubung neutral

  • FIUS PERKHIDMATAN DAN PENGHUBUNG NEUTRAL Perlindungan arus lebihan Ia merupakan peralatan pertama bekalan sampai ke pengguna. Tujuannya ialah untuk menghadkan jumlah arus yang masuk ke pengguna contoh 30A, 60A, 80A, 100A dan sebagainya mengikut permintaan pengguna .

Comments

Popular posts from this blog

CARA TUKAR NAMA BILL ELEKTRIK RUMAH

MOHON METER TNB

KONTRAKTOR ELEKTRIK BERDAFTAR ST & TNB, GIAT BAKTI ENTERPRISE