KESELAMATAN ELEKTRIK DI MUSIM BANJIR

 AMALKAN TIP KESELAMATAN ELEKTRIK KETIKA BANJIR

Tenaga Nasional Berhad (TNB) menasihatkan orang ramai agar segera menghubungi TNB jika

premis mereka dinaiki air banjir bagi membolehkan syarikat utiliti nasional tersebut

menghentikan bekalan elektrik demi keselamatan.

Menurut Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif TNB, Dato’ Indera Ir. Baharin Din, penutupan

bekalan elektrik itu adalah bersifat sementara bagi memastikan keselamatan orang awam

terjamin dan akan disambungkan semula apabila banjir surut dan keadaan kembali selamat.

"TNB sentiasa peka dan turut bersimpati dengan keperitan rakyat yang diuji dengan bencana

serta TNB juga sentiasa menitikberatkan faktor keselamatan elektrik dalam suasana

tersebut,” katanya merujuk kepada kemungkinan banjir pada musim tengkujuh sekarang ini.

Katanya lagi, keselamatan awam dan barisan hadapan menjadi keutamaan dalam usaha

membaikpulih bekalan yang mana TNB terlebih dahulu memulihkan pencawang yang

terkesan dan aset lain serta membuat pengujian bagi memastikan ia selamat untuk

menyalurkan bekalan.

Jelasnya, TNB akan segera memberikan semula bekalan sebaik keadaan mengizinkan dan

akan memastikan bekalan ke semua Pusat Pemindahan Sementara (PPS) berada dalam

keadaan baik.

Bagi mengelakkan sebarang kejadian tidak diingini daripada berlaku, TNB menyarankan orang

ramai di kawasan yang terlibat dengan banjir untuk mengamalkan nasihat dan panduan

keselamatan elektrik berikut:

Ketika banjir:

 Apabila premis dinaiki air, hindari penggunaan peralatan elektrik, letakkan peralatan

elektrik di tempat tinggi, pastikan suis utama ditutup bagi mengelakkan renjatan

elektrik;

 Hubungi TNB CareLine 15454 atau Facebook TNB CareLine untuk mohon memutuskan

bekalan elektrik jika paras air meningkat;

 Jauhi peralatan atau kabel elektrik yang terendam dalam air banjir walaupun ianya

bersalut penebat;

 Hindari tiang besi atau mana-mana pepasangan TNB yang ditenggelami air bagi

mengelak risiko renjatan elektrik;

Message GIAT BAKTI ENTERPRISE on WhatsApp. https://wa.me/message/NYFBTGUAL7VVD1


Comments

Popular posts from this blog

CARA TUKAR NAMA BILL ELEKTRIK RUMAH

MOHON METER TNB